Best ke kerja gomen???

Pada hari aku ingin mecari pekerjaan, terlintas di fikiran ku adakah bekerja swasta atau gomen? Disebabkan ramai gadis-gadis yang ingin teman lalaki yang bekerja gomen sebagai kekasih, lalu terus aku ke laman sesawang SPA untuk mencari peluang pekerjaan. Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam permohonan SPA. Dan ketika aku ternampak satu jawatan menyiru tali air Gred 52 dan gaji yang ditawarkan sebanyak RM5000 cukup untuk aku membeli sebuah kereta berjenama Honda supaya dapat memikat gadi-gadis yang gila `H`.




Setelah melalui ujian-ujian serta temuduga aku berjaya mendapatkan jawatan tersebut. Hari pertama aku lapor diri di Sekinchan, aku terjumpa seorang wanita yang sedang menuai padi yang bernama Munyanti. Aku lihat kulit nya putih macam tak logik dia kerja situ. Walaupun begitu aku terus membuat keputusan untuk menikahi nya.




Pada bulan pertama aku memperolehi gaji yang pertama sebanyak RM10,000 termasuk elaun dan claim, aku terus membeli sebuah kereta Honda Civic 1.5 RS.(Full Loan) ikat 9 tahun. Dengan ada nya kereta Honda, aku dapat membawa Muniyanti pergi bersiar-siar sambil menunjuk-nunjukkan kereta ku kepada orang kampung.




Pada gaji bulan ke-2 aku bekerja, aku telah melamar Muniyanti dan menikahinya tanpa pengetahuan keluarga kami. Gaji bulan ke-3 pula aku telah memohon pinjaman bank sebanyak RM500,000 untuk membeli sebuah rumah yang 2 tingkat, 4 bilik tidur, 3 bilik air.

Sepanjang kehidupan ku,walapun aku dikelilingi hutang keliling pinggang tetapi aku sentiasa bahagia kerana memiliki isteri yang cantik,rumah yang besar dan kereta yang mewah. Itu la best kerja gomen.

Comments

Popular posts from this blog

Kawan aku GAY?